Tempoh 100 hari, apa yang boleh kerajaan buat? - Utusan Malaysia

Tempoh 100 hari, apa yang boleh kerajaan buat?

SAARANI Mohamad (kanan) merasmikan sistem amaran awal kepala air di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pencapaian kerajaan negeri tidak boleh diukur dalam tempoh yang singkat kerana urusan pentadbiran memerlukan jangka masa yang panjang sebelum dapat dinilai sebaiknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, secara peribadi beliau tidak gemar dengan penilaian pencapaian kerajaan negeri dalam tempoh 100 hari kerana tidak banyak perkara yang boleh dibuat dalam tempoh sesingkat itu.

“Saya tak berapa gemar (penilaian pencapaian pentadbiran kerajaan negeri) dalam tempoh 100 hari, sebab mentadbir negeri bukan macam sprinter, acara lari 100 meter. Ia (mentadbir) macam maraton, beribu-ribu kilometer, secara berterusan, kalau 100 hari, apa yang kita boleh buat sebenarnya?, katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada perasmian sistem amaran awal Kepala Air dan kick-off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta Pokok bagi tahun 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di sini hari ini.

Saarani berkata, pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan baik dan dalam tempoh memasuki 100 hari Kerajaan Perpaduan di Perak, semuanya berjalan lancar.

“Saya boleh katakan dalam tempoh ini mesyuarat exco dijalankan saban minggu seperti biasa, malah ada waktu-waktunya kertas exco begitu banyak kita luluskan.

“Lagi banyak kertas exco kita luluskan, lagi baik banyak perkara boleh kita selesaikan. Mana-mana yang melibatkan bayaran premium cukai dan lain-lain, membolehkan kita memungut cukai hasil yang baik,” katanya.

Menurutnya, dalam masa yang sama beliau membuat penilaian dari semasa ke semasa dan menambah baik prestasi kerajaan negeri.

“Prestasi exco tiada masalah sebab kita tak cari kekurangan orang, kita cari kelebihan dia. Kita tak cari perbezaan tapi kita cari persamaan walaupun kadang-kadang ada perbezaan pendapat, itu biasa, tapi akhirnya kita buat keputusan secara bersama, itu tanggungjawab kolektif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya