fbpx

ADUN Pengkalan Baru dilantik Penasihat Khas MB Perak bertaraf exco

Saarani Mohamad (kiri) menyerahkan surat pelantikan sebagai Penasihat Khas kepada Abdul Manaf Hashim di Ipoh, hari ini.

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru, Datuk Abd. Manaf Hashim dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak bertaraf exco.

Pelantikan diumumkan Menteri  Besar, Datuk Saarani Mohamad dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Saarani turut mengumumkan pelantikan ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat sebagai Setiausaha Politik beliau.

Dalam sidang akhbar tersebut, Saarani turut mengumumkan Pegawai Eksekutif (Ekonomi) Pejabat MIDA Perak, Izran Abdullah  dilantik Ketua Eksekutif Perak Investment Management Centre (PIMC) berkuat kuasa mulai 2 Januari 2021. 

Abdul Manaf merupakan ADUN UMNO yang yang membawa usul undi percaya terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Dalam undian tersebut, Ahmad Faizal gagal meraih sokongan majoriti daripada 59 ADUN apabila 48 undi menolak usul percaya itu, berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali. 

Berikutan itu, Ahmad Faizal mengumumkan peletakan jawatan menteri besar sehari kemudian sehingga mencetuskan kemelut politik di Perak dan berakhir apabila Saarani dilantik menteri besar yang baharu. -UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!