Anthony Loke pertahankan Parlimen Seremban - Utusan Malaysia

Anthony Loke pertahankan Parlimen Seremban

DATUK Masri Razali mengumumkan keputusan bagi kerusi Parlimen Seremban di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Seremban malam ini UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berjaya mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Seremban.

Pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) ini, beliau yang mewakili Pakatan Harapan (PH) mendapat undian sebanyak 63,916 sekali gus menewaskan empat calon lain dengan majoriti 30,841 undi.

Calon Barisan Nasional (BN) Felicia Wong Yin Ting mendapat 24,584 undi, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Fadli Che Me (33,075), calon Pejuang, Mohamad Jani Ismail (1,336) dan calon Bebas, Mohd. Izzat Lesley (373).

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Seremban, Datuk Masri Razali di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini.

“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Anthony Loke Siew Fook daripada PH telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Seremban.

“Saya juga ingin memaklumkan jumlah yang ditolak adalah sebanyak 1,109 dan jumlah undi yang tidak kembali iaitu sebanyak 420,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya