Ahmad Fayhsal mohon maaf isu ciapan lama 

Ahmad Fayhsal mohon maaf isu lama kritik Pas dalam Twitter

WAN Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memohon maaf kepada ahli Pas susulan tular berapa ciapan lamanya di Twitter yang mengecam parti itu. 

Beliau berkata, perkara itu amat dikesali dan beliau akan lebih berhati-hati di masa hadapan. 

“Saya ingin meminta maaf kepada semua ahli Parti Islam Se-Malaysia (Pas) kerana menggunakan kata-kata yang kurang sopan. 

“Pas sebagai wadah perjuangan Islam dalam Perikatan Nasional membuktikan komitmen terhadap pemerintahan prihatin, bersih dan stabil di bawah prinsip amal makruf, nahi munkar. 

“Saya akan terus bersama dengan Perikatan Nasional dan Pas untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia, menurut tuntutan Islam. Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, beberapa ciapan lama Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu di Twitter digunakan untuk menyerangnya selepas beliau dicalonkan untuk bertanding atas tiket Pas di Parlimen Machang. 

Ciapan lama yang dimuat naik antara 2018 dan 2019 itu antaranya mendakwa pimpinan Pas dikaitkan bersubahat dengan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam isu berhubung dana dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN