Ahli Parlimen, ADUN parti sama lebih mudah bekerjasama - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen, ADUN parti sama lebih mudah bekerjasama

ADNAN Abu Hassan (kiri) bersama seorang penunggang motosikal Orang Kurang Upaya (OKU) pada Program Tukar Minyak Hitam Motosikal di Juasseh, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pembangunan sesebuah kawasan lebih mudah diurus dan dilaksanakan sekiranya wakil rakyatnya yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdiri daripada ahli parti yang sama.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berkata, apabila hal itu berlaku kerjasama dan komunikasi yang baik boleh dibentuk di antara mereka berbanding dalam kalangan mereka berbeza parti.

“Apabila kita bercakap tentang pembangunan, ia merupakan satu proses yang berterusan ada yang kita buat dulu dan kini serta ada yang perlu penambahbaikan.

“Saya percaya dengan adanya kerjasama yang baik di antara ADUN Barisan Nasional di Kuala Pilah ini dengan Ahli Parlimen daripada BN, ia lagi mudah,” katanya ketika ditemui di Program Tukar Minyak Hitam Motosikal di Juasseh di sini hari ini.

Parlimen Kuala Pilah mempunyai lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan empat daripadanya iaitu Seri Menanti, Juasseh, Senaling dan Johol diwakili ADUN dari BN manakala DUN Pilah dari Pakatan Harapan (PH).

Datuk Eddin Syazlee Shith yang turut bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mewakili Perikatan Nasional (PN) merupakan penyandang bagi kerusi Parlimen Kuala Pilah.

Sementara itu, Adnan, 52, yang merupakan anak jati Senaling, Kuala Pilah berkata, berbanding pilihan raya umum yang lalu, gelombang sokongan pengundi pada PRU15 dilihat mula memihak kepada BN.

“Ramai yang saya jumpa, mereka terbuka mengakui menyokong parti lawan sebelum ini namun sekarang kembali menyokong BN. Ini satu perkembangan yang amat baik dan positif dan dengan adanya gerak kerja yang tersusun ini insya-Allah BN boleh mengambil semula Parlimen Kuala Pilah,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya