Jenayah komersial dilaporkan kepada PDRM meningkat 15.3%

31,490 kes jenayah komersial dilaporkan kepada PDRM tahun lalu, meningkat 15.3 peratus

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bilangan kes jenayah komersial yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2021 meningkat 15.3 peratus kepada 31,490 kes berbanding 27,323 kes tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut DOSM, kes tipu merekodkan bilangan tertinggi sebanyak 28,842 kes atau 91.6 peratus, diikuti pecah amanah (942 kes), kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (847 kes), jenayah siber (400 kess) dan wang palsu (204 kes).

Bagi jenayah seksual melibatkan mangsa berumur 18 tahun dan ke bawah pula, meningkat 0.9 peratus daripada 1,481 kes pada 2021 daripada 1,468 kes tahun sebelumnya.

“Walau bagaimanapun, bilangan kes sumbang mahram dan luar tabii masing-masing menunjukkan penurunan pada 2021 iaitu 0.4 peratus dan 39.2 peratus kepada 222 kes dan 62 kes berbanding 223 kes dan 102 kes pada 2020,” katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Jenayah Malaysia 2022.

Mengenai jenayah rasuah pula, DOSM berkata, bilangan kertas siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan penurunan 3.4 peratus tahun lalu iaitu 828 kes berbanding 857 kes pada 2020.

Katanya, bilangan kertas siasatan bagi kesalahan menerima rasuah, salah guna kedudukan dan lain-lain kesalahan menunjukkan peningkatan manakala kesalahan memberi rasuah dan tuntutan palsu menurun, masing-masing sebanyak 37.4 peratus dan 20.0 peratus.

“Bilangan tangkapan yang dibuat oleh SPRM menurun 14.7 peratus pada 2021 kepada 851 kes berbanding 998 kes pada 2020. Penurunan ini disumbang oleh kesalahan memberi rasuah (-27.7%), tuntutan palsu (-27.4%), menerima rasuah (-12.3%) dan lain-lain kesalahan (-14.5%),” jelasnya.

DOSM berkata, statistik jenayah indeks pada tahun lalu menurun 19.3 peratus kepada 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada 2020.

Jelasnya, jenayah indeks terdiri daripada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.

“Kedua-dua jenis jenayah ini menunjukkan penurunan iaitu masing-masing 13.4 peratus dan 20.8 peratus kepada 11,495 kes dan 41,479 kes pada 2021. Antara punca kes jenayah yang lebih rendah adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerana sekatan aktiviti sosial dan rentas sempadan daerah dan negeri dikenakan.

“Selain itu, aktiviti penguatkuasaan yang lebih ketat oleh pihak berkuasa dan kesedaran masyarakat dalam mempertingkatkan perlindungan daripada ancaman jenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya