Tidak perlu taksub dengan nasab keturunan nabi

Tidak perlu taksub dengan nasab keturunan nabi

IDRIS Ahmad (dua kiri) menyerahkan peruntukan kewangan Murabbi Negeri Selangor kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Selangor 2022 di Dewan Syarahan Muzakarrah Islam, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada keperluan untuk umat Islam bertemu lelaki yang dikatakan nasab keturunan Nabi Muhammad SAW.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad, apa yang lebih afdal umat Islam mendidik anak mereka sayang kepada nabi, keluarga baginda dan membaca al-Quran.

“Tidak perlu kita tengok siapa dia. Benda-benda itu tidak perlu kita tengok.

“Ini disebabkan kita tidak pernah tengok keluarga dan isteri-isteri nabi. Kita perlu sayang dan tidak menghina mereka,”katanya.

IDRIS Ahmad (tiga kiri) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (empat kiri) bergambar pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Selangor 2022 di Dewan Syarahan Muzakarrah Islam, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek Peruntukan Kewangan Imam Bilal Dan Guru Takmir Dan Guru Kafa berjumlah RM51,984,816 kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sempena Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan individu bernama Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri membuatkan program beliau di Kedah, Terengganu, Kelantan dibatalkan.

Sementara itu, individu yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW itu turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pihak mereka tidak  membenarkan ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri oleh Mawla.

Mengulas lanjut Idris berkata, pertemuan dengan nasab keturunan nabi tidak memberi kesan kepada sesiapa.

“Ia hanya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dalam membicarakan isu ini.

“Sepatutnya masyarakat mencari cara bagaimana hendak lebih menyayangi nabi, keluarga nabi dan membaca Al-Quran bukannya setakat bertemu (Mawla) sahaja.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan umat Islam untuk memahami Islam daripada asasnya. Yang penting kita sayang kepada nabi dan tidak menghina keluarga nabi, jangan menyusahkan ummah dengan polemik seperti ini,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.