Rakan kerjasama BN selepas PRU15

Rakan kerjasama BN selepas PRU15

ISMAIL Sabri Yaakob bersama kontraktor-kontraktor bumiputera selepas merasmikan Mesyuarat Agung PKMM di WTCKL Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masih terla­lu awal untuk Barisan Nasional (BN) mencari rakan ker­jasama bagi membentuk kerajaan Pusat selepas Pi­li­han Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN perlu melihat dahulu keputusan pilihan raya umum (PRU) dan sebarang ketetapan lanjut akan dibuat kemudian.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, paling penting BN perlu melepasi sasaran kerusi Parlimen bagi memudahkannya membentuk kerajaan Pusat.

“Kita tunggu dulu keputusan PRU, selepas itu kita akan putuskan. Kita pastikan lepas sasaran awal kita dulu.

“Kalau buat andaian terlalu awal (kerjasama dengan pihak ketiga) susah juga, kita tak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya.

“Lepas PRU nanti keputusan dah ada, kita akan buat apa sahaja keputusan demi kepen­tingan negara dan yang pen­ting kita nak sebuah kerajaan stabil, jadi selepas itu kita putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian se­lepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kali Ke-43 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Penge­rusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen pada PRU15 untuk membentuk kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata, sasaran sebenar parti gabungan itu bukanlah hanya dari segi jumlah kerusi tersebut tetapi lebih daripada itu.

Mengulas pembahagian ke­rusi PRU15, Ismail Sabri berkata, perkara itu sedang dalam proses dengan melibatkan pertimbangan dan musyawarah semua pihak termasuk parti komponen BN.

“Dahulu lagi susah sebab komponen ada banyak, sekarang ada empat (UMNO, MCA, MIC dan PBRS) lebih mudah kita bincang.

“Dalam waktu terdekat, kita akan putuskan selepas setuju pembahagian kerusi, kita akan nilai daripada segi calon. Untuk penamaan calon tidak lama, perlu disegerakan, sekarang dalam proses,” katanya.

Menurutnya, Top Five UMNO akan memutuskan se­telah menilai senarai calon yang telah selesai dikemukakan oleh semua UMNO negeri.

“Seperti Presiden UMNO cakap, kita tengok kriteria Wali (memenangi – winnable), diterima – acceptable), disukai – likeable) dan mengetengahkan 70 peratus muka baharu serta diterima rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan, keputusan 152 Bahagian UMNO yang mengemukakan usul beliau sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurut beliau, setiap bahagian berkenaan bebas membuat sebarang usul yang dibuat pada setiap kali mesyuarat bahagian.

“Setiap usul penangguhan adalah keputusan bahagian dan ini keputusan bahagian. Bahagian bebas membuat se­barang usul.

“Ini pun berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang membuat keputusan dalam mesyuarat MT. Perkara sama diumumkan Presiden UMNO dalam perhimpunan agung luar biasa.

“Apa diputuskan bahagian adalah diputuskan oleh MT. Penekanan ini menunjukkan sokongan kepada keputusan MT dan pendirian Presiden,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN