PRU15: Pas tetap mahu teruskan penyatuan ummah dengan

PRU15: Pas tetap mahu main dua kolam

pas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas berpendirian untuk meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan hari ini.

“Pas tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras-Melayu bagi menghadapi PRU15, seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca-PRU15. 

 “Pas juga berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan dengan pihak UMNO dan Bersatu, termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan,” katanya dalam kenyataan.

UMNO sebelum ini menetapkan tiga syarat untuk bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU15.

Tiga syarat kembali menjalin kerjasama politik menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas perlu keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ 100 peratus daripada PN dan Bersatu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, mesyuarat itu juga memutuskan untuk tidak membangkitkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam tempoh terdekat.

“Ini bagi menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November sehingga Mac 2023, di samping usaha dan langkah pemulihan ekonomi pasca Covid-19,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN