Penunggang motosikal maut langgar lori rosak di laluan kecemasan

Penunggang motosikal maut langgar lori rosak

MANGSA bersama motosikal yang rosak teruk setelah melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori dalam kelalangan jalan raya di Kilometer 15, Jalan Bentong ke Raub di Bentong, Pahang. - FOTO /IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang penunggang motosikal berusia 54 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di kilometer 15, Jalan Bentong ke Raub di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari semalam, mangsa, Shamsuddin Zulkefli maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Raub melanggar lori tiga tan yang dipandu lelaki tempatan berusia 55 tahun mengalami kerosakan lalu di laluan kecemasan.

“Ketika kira-kira 30 minit lori itu berhenti di situ untuk dibaiki, tiba-tiba pemandu lori terdengar bunyi dentuman kuat dan mendapati sebuah motosikal melanggar belakang kanan lori tersebut.

“Pelanggaran ini menyebabkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berkata, kes kemalangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa memandu kereta dan menunggang motosikal dalam keadaan berwaspada dan berhemah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya