Mimpi anak menantu pakai baju hitam putih, petanda maut

Mimpi anak menantu pakai baju hitam putih, petanda maut kemalangan

ABD. RAJAK Sakiman menahan sebak ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: “Baru hari ini saya tahu kenapa saya mimpi anak dan menantu pakai baju hitam putih, rupanya ia seperti satu petanda mereka akan pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.”

Itu luahan bapa kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 216 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Alor Gajah di sini, Zubaidah Abd. Rajak.

Abd. Rajak Sakiman, 66, berkata, kira-kira dua minggu lalu, dia ada bermimpi pasangan itu memakai baju berwarna hitam dan putih.

Katanya, bagaimanapun dia tidak menceritakan mimpi itu kepada ahli keluarganya kerana menganggapnya hanya sebagai mainan tidur. 

“Saya tidak sangka mereka terlibat dalam nahas kerana sepatutnya kami sekeluarga berkelah beramai-ramai di Port Dickson pada tengah hari tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sini hari ini. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, perjalanan sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia setahun dari Johor Bahru, Johor untuk bercuti di ibu negara berubah tragedi selepas ketiga-tiganya maut dalam kemalangan di Kilometer 216 PLUS arah Utara berhampiran Alor Gajah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.00 pagi itu, mangsa, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak yang masing-masing berusia 28 tahun serta bayi mereka, Muhammad Rizqi meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambah Abd. Rajak, aktiviti perkelahan itu dirancang secara mengejut oleh mangsa dan adik-beradiknya pada malam tadi. 

“Kakaknya sempat berjumpa dengan Zubaidah sekeluarga di Plaza Tol Skudai dan dia melihat air muka adiknya itu lain, namun, kemudian mereka masing-masing meneruskan perjalanan. 

“Sehinggalah pukul 1 petang tadi, kami mula berasa tidak sedap hati kerana Zubaidah tidak sampai dan tidak lama selepas itu saya dapat panggilan daripada nombor tidak dikenali memaklumkan anak saya terlibat nahas,” ujarnya sayu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN