Mayat warga Nepal dengan kesan kelar atas bumbung asrama

Mayat warga Nepal dengan kesan kelar atas bumbung asrama

ANGGOTA polis mengangkat mayat pekerja kilang warga Nepal yang ditemukan mati dengan kesan kelar di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Kinta Jaya di Ipoh semalam. - UTUSAN/ MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pekerja kilang warga Nepal ditemukan mati dengan kesan kelar di tangan dalam kejadian di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Kinta Jaya di sini semalam.

Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu dijumpai di atas bumbung premis yang dijadikan asrama pekerja kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal di tempat kejadian menjumpai kesan darah di atas katil dan lantai bilik si mati hingga ke bahagian ruang tamu dan bilik rakan serumahnya. 

Katanya, mayat lelaki itu dijumpai dalam keadaan terbaring di atas bumbung luar bilik rakannya. 

“Pemeriksaan awal pada tubuh si mati mendapati terdapat kesan kelar pada pergelangan tangan kiri dipercayai bunuh diri. 

“Sebilah pisau turut dijumpai dalam jarak tiga meter dari lelaki itu namun tiada kesan pergelutan didapati berlaku dalam rumah tersebut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, tempat kejadian merupakan gudang menyimpan peralatan proses ayam dan ayam daging di mana tingkat satu dijadikan sebagai asrama tiga bilik yang didiami dua pekerja warga asing. 

Katanya, mayat si mati dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Polis sedang menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan berhubung kes berkenaan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu proses bedah siasat selesai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.