Lebih 100 mangsa banjir di Kedah, Melaka - Utusan Malaysia

Lebih 100 mangsa banjir di Kedah, Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 100 mangsa terjejas banjir melibatkan 37 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri, setakat pukul 10 pagi tadi. 

Menurut Portal Bencana, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), mangsa banjir tersebut melibatkan kawasan Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah serta Alor Gajah di Melaka Tengah.

Kedah merekodkan jumlah mangsa pemindahan tertinggi dengan 96 mangsa membabitkan 75 mangsa ditempatkan di SK Suka Menanti dan 20 mangsa di SK Binjai. 

Selain itu, sebanyak 16 mangsa terkesan banjir di Melaka pula ditempatkan di Balai Raya Kampung Belimbing Dalam. 

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan portal tersebut susulan bencana banjir yang berlaku di kedua-dua negeri itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN