IAM, Etiqa sumbang RM250,000 bantu nelayan 

IAM, Etiqa sumbang RM250,000 bantu nelayan 

ZAWAHIR Abdullah (tengah) bergambar bersama penerima bantuan pukat pada Program Jejak Prihatin & Bantuan Pukat di Akademi Nik Rashidin, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK : Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Etiqa Takaful Berhad menyalurkan sumbangan RM250,000 berupa kelengkapan menangkap ikan bagi membantu seramai 100 nelayan di empat buah negeri iaitu Johor, Kelantan, Pahang dan Kedah pada tahun ini.

Presidennya, Zawahir Abdullah berkata, pemberian bantuan pada fasa peralihan monsun bersesuaian sebagai persiapan golongan nelayan untuk kembali ke laut tahun hadapan.

Menurutnya, bantuan berupa pukat, enjin bot, tong ikan serta jaket keselamatan bertujuan membantu meringankan beban yang dihadapi oleh masyarakat kampung khususnya komuniti nelayan yang kurang berkemampuan.

“Diharapkan bantuan ini dapat memudahkan mereka untuk turun ke laut selepas berakhirnya monsun nanti,”katanya kepada pemberita selepas Program Jejak Prihatin & Bantuan Pukat di Akademi Nik Rashidin, di sini hari ini.

Zawahir memberitahu, pada masa yang sama, pihaknya turut menyalurkan sumbangan berbentuk pek makanan kepada 2,000 keluarga di lapan negeri persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.

Katanya, mereka juga menerima sumbangan wang tunai bernilai RM50 untuk setiap seorang.

“Penerima sumbangan ini terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga golongan orang kurang upaya (OKU) miskin yang telah dikenal pasti.

“Setiap penerima menerima sumbangan berupa pek makanan yang mengandungi barangan keperluan makanan harian seperti beras, gula, susu, minyak masak, sardin, biskut dan lain-lain,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya