Cuaca boleh diramal tiga hari awal - Utusan Malaysia

Cuaca boleh diramal tiga hari awal

MET MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terlalu awal untuk Jabatan Meteorologi meramal sama ada tarikh hari pengundian ada 19 November ini akan berlaku hujan lebat atau ribut petir.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Meteorologi, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata, luruan Monsun Timut Laut yang bermula awal bulan depan dan lazimnya menyebabkan perubahan cuaca hanya boleh diramal tiga hari sebelum jangkaan waktu hujan lebat berlaku.

Menurut beliau, lazimnya pada hujung tahun adalah tempoh luruan monsun menjadi aktif dan potensi untuk berlaku hujan lebat berterusan adalah tinggi terutama di kawasan Laut China Selatan.

“Oleh itu, Jabatan Meteorologi perlu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai situasi semasa dengan memaklumkan sebarang kemungkinan bakal berlaku pada hari pengundian nanti.

“Kebiasaannya hujan lebat boleh diramalkan tiga hari sebelum. Jadi setakat ini, terlalu awal untuk menjangka sebarang kemungkinan,” katanya.

Dalam pada itu, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis berkata, tarikh-tarikh PRU15 ditetapkan setelah mengambil kira sambutan Deepavali (23 Oktober), Hari Keputeraan Sultan Perak (4 November) dan Hari Keputeraan Sultan Perak (11 November) sekali gus tidak bertindih dengan cuti-cuti umum dan hari kebesaran.

Katanya, malah hari penamaan dan pengundian ditetapkan hari Sabtu dilihat bertepatan kerana tidak menganggu sesi persekolahan yang dijadikan SPR sebagai tempat mengundi di samping memudahkan pengundi pulang me­ngundi khususnya dari negeri berbeza.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN