KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum tentu mendapat kemenangan mudah jika berhasrat untuk bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Parlimen Tambun ketika ini disandang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) sebelum keluar dan menyertai gagasan Perikatan Nasional (PN). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),…