Tidak mengaku salah buat laporan palsu terhadap sebuah

Tidak mengaku salah buat laporan palsu terhadap sebuah madrasah

ZURAINA Zamri (dua dari kanan) beredar daripada Kompleks Mahkamah Shah Alam, Shah Alam, Selangor hari ini -UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini kerana membuat laporan polis palsu terhadap sebuah madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam.

Tertuduh, Zuraina Zamri, 45, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Mohamad Reza Azhar Rezali ketika pertuduhan tersebut dibaca kepadanya.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 November ini.

Peguam Zuraina, Datuk Wan Azmir Wan Majid membuat permohonan terhadap mahkamah agar dibenarkan untuk membuat sidang akhbar selepas selesai sesi pertuduhan.

Mohamad Reza membenarkan Wan Azmir berbuat demikian, namun mengingatkan beliau supaya tidak menyentuh apa-apa perkara yang boleh menganggu prosiding mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman telah memohon mahkamah supaya Zuraina diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut kertas pertuduhan, Zuraina telah membuat laporan polis palsu pada 21 Ogos lalu di Balai Polis Taman Sri Muda dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, Zuraina telah membuat laporan polis setelah anaknya mendakwa dia dipukul di kepalanya dan ditumbuk pada 10 Ogos.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihak Hospital Shah Alam mendapati anaknya yang sudah empat bulan menjalani rawatan pemulihan di madrasah berkenaan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dialaminya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan seorang bekas penghuni madrasah itu mendedahkan bahawa dia didera oleh pusat itu.

Melihat insiden yang dialaminya, ibunya telah mengeluarkannya daripada madrasah berkenaan kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena yang berlaku di pusat terbabit. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.