KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berhasrat kembali semula ke kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas permintaan pengundi di kawasan berkenaan. Beliau yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal sejak PRU12 berkata, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut pada PRU14 kerana komplot Barisan Nasional (BN) setelah disabitkan bersalah dalam kes menghina kehormatan anggota polis. “Memang saya mahu kembali ke Parlimen Batu…










