Korea Utara kecam perjanjian kapal selam antara Korea Selatan dengan AS - Utusan Malaysia

Korea Utara kecam perjanjian kapal selam antara Korea Selatan dengan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara mengecam perjanjian antara Seoul dan Washington bagi pembinaan kapal selam berkuasa nuklear, dengan menyifatkan langkah itu bakal mencetuskan ‘fenomena domino nuklear’ di rantau ini.

Menurut laporan agensi berita rasmi Korea Utara, Korean Central News Agency (KCNA), perjanjian itu dianggap sebagai percubaan berbahaya untuk menghadapi Pyongyang serta mengancam keselamatan tentera di rantau Asia-Pasifik.

Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, minggu lalu mengumumkan pemeteraian perjanjian keselamatan dan perdagangan bersama Amerika Syarikat, termasuk rancangan pembangunan kapal selam berkuasa atom.

Seoul juga berkata ia berjaya memperoleh sokongan untuk memperluas kuasa berhubung pengayaan uranium dan pemprosesan bahan api terpakai.

Dalam kenyataan balas pertamanya mengenai perjanjian itu, Pyongyang menegaskan, pemilikan kapal selam nuklear oleh Korea Selatan “pasti akan mencetuskan fenomena domino nuklear di rantau ini dan menyalakan perlumbaan senjata panas.”

Kenyataan KCNA itu dikeluarkan sehari selepas Seoul mencadangkan rundingan ketenteraan dengan Pyongyang bagi mengelak insiden sempadan, iaitu tawaran pertama sejak tujuh tahun lalu.

Jae-myung turut menawarkan perbincangan lebih luas dengan Korea Utara tanpa syarat, satu perubahan ketara daripada pendekatan keras yang diamalkan oleh bekas pemimpin konservatif Korea Selatan.

Setakat ini, Korea Utara masih belum memberikan sebarang reaksi terhadap cadangan rundingan yang dikemukakan Seoul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN