SPRM terbuka untuk siasat MBSA - Utusan Malaysia

SPRM terbuka untuk siasat MBSA

AMIRUDIN Shari (kiri) sedang memberi penjelasan kepada beberapa pegawai daripada beberapa agensi kerajaan negeri Selangor dalam program persiapan menghadapi banjir Selangor di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor bersikap terbuka berhubung siasatan yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan penahanan tujuh orang pegawai majlis itu baru-baru ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya percaya ada sebab yang menyebabkan suruhanjaya berkenaan menahan kesemua pegawai itu, minggu lalu.

“Bagi ruang kepada SPRM untuk jalankan siasatan dan kerajaan negeri bersikap terbuka dengan hal ini.

“Kerajaan negeri akan terus komited membanteras isu salah guna kuasa (di kalangan penjawat awam ya),” katanya selepas menghadiri program Latihan Amal dan Simulasi Menghadapi Bencana Banjir Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Utusan Malaysia minggu lalu melaporkan SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap pemberian projek kerajaan Selangor kepada kartel-kartel tertentu.

Sehingga 24 September lalu, dilaporkan sebanyak tiga individu, yang terdiri daripada dua pegawai MBSA dan seorang kontraktor telah ditahan oleh suruhanjaya berkenaan. 

Sementara itu, Amirudin memaklumkan bahawa kerajaan negeri serta MBSA belum lagi mengagihkan kontrak kepada mana-mana kontraktor dalam projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD). 

Ini sekali gus menurutnya, tidak wujud dakwaan yang mengatakan ada kartel yang memonopoli projek terbabit. 

“Jadi, saya tidak tahu (siasatan kes apa yang dibuat SPRM terhadap MBSA). 

“Apapun, kerajaan negeri ambil serius apa yang berlaku (berhubung kes ini),” tegasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya