KUALA KRAI: Pendapatan penduduk di Kampung Sungai Peria dan Lepan Jenut di sini mulai ‘kering’ selepas kebun mereka diceroboh kawanan gajah liar sejak beberapa bulan lalu. Kebimbangan penduduk di dua kampung itu semakin memuncak apabila haiwan berkenaan mulai menghampiri rumah penduduk, selain turut bertindak agresif merosakkan tanaman yang diusahakan termasuk pokok getah, kelapa sawit, pisang dan durian. Bercakap kepada Utusan Malaysia Che Ahmad Termizi Che Haron, 55, dari Kampung Lepan Jenut, berkata, ancaman gajah liar berkenaan menyebabkan penduduk kampung tidak dapat mencari rezeki kerana takut untuk keluar ke kebun masing-masing.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya