"Beberapa anggota daripada Bahagian Risik Batalion 4, Pasuk

Rampasan minuman keras tak bercukai bernilai RM2.1 juta di Klang

KETUA Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed (tengah) melihat barangan rampasan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai bernilai kira-kira RM2.1 juta dalam serbuan di sebuah premis sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor pada hari ini.-UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pihak polis berjaya merampas minuman keras tak bercukai bernilai RM2.1 juta dalam satu serbuan ke atas sebuah gudang di Taman Sentosa, Klang, 21 September lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya membuat serbuan tersebut setelah melakukan risikan ke atas gudang yang disyaki dimiliki satu sindiket menjual arak dalam tempoh beberapa hari.

“Beberapa anggota daripada Bahagian Risik Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketentaraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman membuat serbuan ke gudang itu kira-kira pukul 5 petang.

“Dalam serbuan itu, kami berjaya merampas 48,990 botol dan 480 tin minuman keras tidak bercukai (di dalam sebuah kontena) pelbagai jenama,” katanya dalam sidang akhbar kejayaan rampasan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua minuman keras itu diseludup masuk ke dalam negara daripada luar negara.

Kata Arjunaidi, sindiket tersebut dipercayai telah menjalankan aktiviti penyeludupan serta penjualan minuman berkenaan kira-kira enam bulan lalu.

“Namun difahamkan sindiket terbabit menyewa gudang terbabit kira-kira tiga bulan lalu sebagai tempat mereka menyimpan minuman keras itu.

“Dalam serbuan sama, kami berjaya menahan seorang warga tempatan serta sembilan warga asing yang berumur lingkungan 22 hingga 58 tahun,” ujarnya.

Tegas Arjunaidi, pihaknya kini sedang mengesan pemilik dan pengurus gudang itu bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan kesemua suspek telah direman selama dua minggu sehingga 5 Oktober bagi membantu siasatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya