Keputusan UMNO bergerak solo pentingkan diri

Keputusan UMNO bergerak solo pentingkan diri

umno
IDRIS Ahmad ditemui pemberita pada program Berjalan Teguh di Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG:  Tindakan UMNO memutuskan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat sebagai mementingkan diri sendiri berbanding memelihara perpaduan dan menjaga kepentingan rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas tetap dengan konsep dan pendiriannya untuk memelihara perpaduan dan menjaga kepentingan rakyat terutamanya untuk generasi yang akan datang.

“Tak apalah kalau UMNO sudah bulat tekadnya bercakap untuk berjalan secara solo pada PRU15.

“Tetapi, kita tetap teguh bercakap untuk memelihara perpaduan, menyatukan ummah serta menjaga kepentingan rakyat.  

“Biarlah rakyat yang menilai dan menentukan keputusan mereka dalam penzahiran membuang undi pada PRU15 nanti,” katanya kepada pemberita selepas program Berjalan Teguh Bersama Datuk Idris Ahmad sejauh tiga kilometer  di sini hari ini.

Hampir 1,000 penduduk menyertai program tersebut.

Menurut Idris, rakyat akan menilai siapa yang mahukan perpaduan dan penyatuan ummah dan siapa pula yang sebenarnya lebih ke arah mementingkan diri sendiri.

“Kalau mereka rasa mahukan keputusan PRU14 berulang kembali, maka, silakan berbuat begitu.

“Walau pun kita tahu UMNO banyak sejarahnya dengan Pas, namun, kita berlapang dada atas sebab memikirkan dan mementingkan perpaduan ummah serta kepentingan generasi yang akan datang ” katanya.

Idris berkata, Pas berlapang dada dan sanggup melupakan sejarah apa yang dilakukan oleh UMNO terhadap parti itu demi untuk perpaduan dan penyatuan ummah.

Menurutnya, berpolitik mesti memikirkan tentang masa depan orang lain terutamanya generasi yang akan datang.

“Saya berapa hari lagi nak hìdup, begitu juga dengan pemimpin UMNO, Bersatu dan PKR, berapa lama lagi boleh hidup?

“Sebab itu kita kena fikir masa depan orang lain,.jangan fikir masa depan seorang sahaja, itu nasihat saya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN