Ismail Sabri terima kebenaran perintah injunksi ad-interim terhadap

Ismail Sabri terima kebenaran perintah injunksi ad-interim terhadap Lokman 

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan perintah injunksi ad-interim (sementara) terhadap Lokman Noor Adam yang didakwa memfitnahnya menerusi dua hantaran jelik, Ogos lalu. 

Ismail Sabri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera memfailkan saman terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tersebut kerana memuat naik dua video pada tarikh 20 dan 22 Ogos lalu menerusi platform Facebook. 

Peguam, Ragunath Kesavan menjelaskan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh juga  melanjutkan perintah ‘ex parte’ (sebelah pihak) yang dikemukakan Ismail Sabri sehingga perbicaraan akan datang. 

“Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan affidavit balas iaitu pada 11 Oktober bagi pihak defendan dan 25 Oktober bagi pihak plaintif. 

“Sementara itu, kedua-dua pihak ini juga akan failkan penghujahan bertulis selewat-lewatnya pada 8 November akan datang,” jelas Ragunath ketika dihubungi media. 

Mahkamah juga menetapkan 29 November akan datang bagi tarikh pendengaran kes. 

Bagi prosiding hari ini, Ismail Sabri diwakili oleh peguam, Tai Yong Fung manakala Lokman diwakili oleh peguam, S. Suresh. 

Naib Presiden UMNO itu telah memfailkan saman atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 September lalu, dengan menamakan Lokman sebagai defendan. 

Kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif berjumpa Dr Mahathir dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu, serta parti politik lain bertentangan dengan UMNO.

Ia untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.

Satu surat tuntutan bertarikh 25 Ogos lalu, juga dikeluarkan supaya defendan memadam video daripada media sosialnya dan mengeluarkan permohonan maaf kepada plaintif, namun, hingga kini Lokman gagal berbuat demikian.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan, tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya