Hatyai dibanjiri pelancong Malaysia - Utusan Malaysia

Hatyai dibanjiri pelancong Malaysia

Pelancong Malaysia ke Hatyai memberi rezeki kepada Melayu Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATYAI, THAILAND: Di sebalik tukaran Ringgit dan Bath belum menentu, rakyat Malaysia terus berpusu-pusu melancong ke Thailand khususnya di Hatyai iaitu salah satu lokasi popular dengan pelacong sempena musim cuti sekolah ketika ini.

Malah, sejak Sabtu lalu, pintu sempadan di Padang Besar sesak dengan orang ramai yang ingin berkunjung ke negara jiran itu.

Ekoran sambutan luar biasa itu, difahamkan ramai yang terpaksa beratur sehingga lebih 100 meter untuk proses dokumentasi sebelum memasuki ke negara jian berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hatyai mendapati, pusat bandar di wilayah selatan Thailand itu dipenuhi pelancong Malaysia. Berjalan 10 langkah, pasti kedengaran dalam kalangan pelancong itu bertutur bahasa Melayu.

Turut menjadi tarikan pelancong Malaysia seperti di Khlong Hae Floating Market, pusat-pusat beli-belah sekitar Hatyai serta Asian Night Market dan kawasan sekitarnya.

Difahamkan ketika ini, tukaran matawang Malaysia dengan Thailand sekitar RM100 bersamaan 814.4 Bath.

Seorang pelancong dari Perlis, Hasmira Hashim,37, berkata, dia mengambil kesempatan sempena musim cuti sekolah untuk bersama keluarga bercuti ke Hatyai.

Popular

Katanya, sejak Sabtu lalu, lokasi popular itu padat dengan pelancong dari negara ini.

“Kami mengambil kesempatan membeli-belah kerana barangan yang dijual di sini tidaklah terlalu mahal meskipun nilai ringgit masih jatuh berbanding Bath.

“Selain itu, hampir semua makanan di sini sedap dan sudah tentu menjadi antara tarikan pelancong untuk membanjiri Hatyai.

“Kalau dilihat pasar terapung antaranya penuh dengan pengunjung khususnya pelancong Malaysia dan seolah-seolah seperti kita sedang berada di negara sendiri,” katanya.

Seorang lagi pelancong dari Perak, Eddy Ezli Hisham Mohd. Harif,45, berkata, selepas lebih dua tahun pintu sempadan ditutup, Hatyai kembali rancak khususnya dengan kedatangan pelancong dari negara ini.

“Sempena cuti sekolah ini, saya membawa ahli keluarga melancong ke sini khususnya untuk membeli-belah dan menikmati pelbagai jenis makanan yang popular,” katanya.

Sementera itu, seorang pesara kerajaan di Alor Setar, Kedah yang mahu dikenali sebagai Surian berkata, beliau yang kini mengisi masa lapang dengan menganjurkan trip pelancongan secara kecil-kecilan ke Hatyai tidak sangka sambutan ke negara jiran tinggi.

Sederhana

Menurut Surian, ramai yang memilih Hatyai mungkin membabitkan kumpulan rakyat yang berpendapatan sederhana kerana untuk melancong ke Eropah sudah tentu menelan kos lebih tingggi.

“Jadi mungkinlah Hatyai sekarang menjadi `gula’ buat rakyat Malaysia yang bukan kaya tetapi sederhana membawa anak-anak melihat negara lain,” katanya.

Selain itu, kata Surian, mungkin yang memilih Hatyai kerana hampir semua lokasi di negara gajah putih digambarkan sebagai syurga makanan.

Jelasnya, untuk menjejakkan kaki ke Hatyai seperti untuk tempoh dua malam, tiga hari, setiap individu itu memadai mempunyai wang RM700.

“RM700 cukup untuk bayar pengangkutan, hotel dan selebihnya makan makanan yang dipamerkan di Hatyai,” jelasnya.

Hatyai adalah bandar terbesar dalam daerah Songhkla dan yang keempat terbesar di Thailand.

Destinasi ini sering menjadi persinggahan pelancong terutamanya dari Malaysia dan Singapura.Rakyat Malaysia yang berhajat ke Hatyai boleh memasuki negara jiran sama ada menerusi sempadan Kedah, Perlis, Kelantan dan juga Perak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×