Golongan muda sasaran penjenayah siber  - Utusan Malaysia

Golongan muda sasaran penjenayah siber 

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelicikan penjenayah siber mengeksploitasi perubahan teknologi dan kreatif menjerat mangsa dengan pelbagai modus operandi baharu antara punca peningkatan kes jenayah komersial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, selain itu, kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber yang masih berada pada tahap yang sederhana berkaitan jenayah tersebut. 

“Kita melihat keperluan untuk menyebar luas seberapa banyak ilmu pengetahuan kepada masyarakat, agar mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada aktiviti jenayah tersebut.

“Malah, kita menjangkakan sindiket penipuan dalam talian akan meneruskan modus operandi mereka, tetapi, lebih menyasarkan golongan muda iaitu pelajar dan belia bagi memperdaya mereka dalam urusan pinjaman wang dan juga sindiket akaun keldai pada masa hadapan.

“Justeru, bagi membendung kes-kes jenayah ini daripada terus berleluasa, PDRM bekerjasama dengan institusi perbankan dalam memastikan siasatan, khususnya melibatkan penggunaan keldai akaun dapat dilengkapkan dengan lebih cepat,” katanya dalam ucapan perasmian pameran maya Jenayah Kewangan: Semak Sebelum Diperdaya di Facebook Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia pada Isnin.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) akan melaksanakan inisiatif baharu bagi menangani kes jenayah kewangan berterusan.

Katanya, agensi tersebut akan bekerjasama dari segi perkongsian sumber, kepakaran dan data serta mengambil langkah pencegahan bersama yang lebih komprehensif.

“Pihak PDRM memainkan peranan penting dalam menangani kegiatan ‘scam’ (penipuan) ini dan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk mewujudkan CCID bagi memudahkan orang ramai membuat laporan mengenai penipuan kewangan.

“BNM dan institusi kewangan akan terus memberikan kerjasama kepada polis untuk membanteras jenayah ini bagi membantu mendapatkan semula dana yang diseleweng dan membawa penjenayah ke muka pengadilan,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya