Felcra rancang kawasan baharu tempatkan keluarga miskin

Felcra rancang kawasan baharu tempatkan keluarga miskin

FELCRA sedia menempatkan keluarga miskin untuk membangunkan kawasan baharu dengan projek pertanian. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Felcra Berhad merancang membangunkan kawasan baharu di tanah yang terbiar bagi menempatkan lebih ramai peserta daripada keluarga miskin di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Felcra sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri yang sedia menyerahkan tanah yang berpotensi diusahakan dengan tanaman kelapa sawit atau getah.

Menurutnya, pihaknya juga sedia membangunkan kawasan baharu untuk tanaman tersebut sekiranya penduduk mempunyai tanah berkelompak seluas kira-kira 121 hektar..

“Pembukaan kawasan baharu itu secara tidak langsung membantu rakyat terutamanya kumpulan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dalam meningkatkan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Kompleks Sukan Telemong, Kuala Ping di sini, hari ini.

Ahmad Jazlan memberitahu, keluasan kawasan dibangunkan Felcra di seluruh negara seluas 205,000 hektar membabitkan 108,000 peserta.

Selain itu, menurutnya, Felcra mengumumkan bayaran agihan keuntungan interim kali kedua di seluruh negara pada tahun ini, Oktober depan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih tidak dapat menentukan jumlah agihan keuntungan tersebut.

“Jumlah dividen tersebut dijangka berkurangan berbanding tahun lalu kerana harga minyak sawit mentah dunia menurun pada tahun ini.

“Tahun lepas (dividen) adalah yang tertinggi dalam sejarah.  Tahun ini ada sedikit penurunan tapi masih lagi tinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya