81 lokasi berisiko banjir di Negeri Sembilan dikenal pasti -

81 lokasi berisiko banjir di Negeri Sembilan dikenal pasti

HAMDAN Ali (dua dari kiri) melihat kesiapsiagaan anggotanya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengenal pasti sebanyak 81 kawasan berisiko banjir di Negeri Sembilan sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). 

Pengarah JBPM negeri, Hamdan Ali berkata, ia daripada jumlah tersebut, ia membabitkan 25 kawasan di daerah Seremban  Port Dickson (15), Jelebu (11), Jempol (10), Rembau (10), Tampin (sembilan) dan satu kawasan di Kuala Pilah. 

“Kami sudah bersiap sedia 100 peratus daripada segi kesiapsiagaan anggota, peralatan, aset bagi menghadapi MTL ini. Kami juga mengenal pasti 81 lokasi dan 17 lokasi berisiko insiden kepala air yang sering berlaku di negeri.

“Beberapa latihan pengendalian bot dilaksanakan bermula 26 hingga 29 September lalu di beberapa lokasi bagi memastikan anggota bersiap sedia bagi sebarang kemungkinan bagi menghadapi MTL yang dijangka bermula November depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM negeri di sini hari ini. 

Menurut beliau, persediaan pihaknya itu membabitkan 20 buah balai bomba, 1,200 orang anggota selain 14 pasukan bomba sukarela dengan kekuatan 326 anggota di seluruh negeri ini.

“Daripada sudut logistik, sebanyak 79 buah aset termasuk 19 unit jentera FRT, 21 bot aluminium, satu unit bot Amphibious Rigid Inflatable Boat (ARIB) dan satu unit bot Rigid Inflatable Boat (RIB) akan digerakkan sekiranya berlalu kejadian banjir,” katanya lagi

Dalam pada itu, Hamdan menjelaskan, tempoh bertindak (response time) ditetapkan 10 minit di lokasi tertentu bagi memastikan dapat menjalankan penyelamatan dengan lebih cepat. 

“Kami menyasarkan respon 10 minit bagi memberi bantuan penyelamatan sekiranya berlaku kejadian banjir nanti,” katanya lagi.

Beliau sementara itu, turut mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dengan maklumat terkini untuk mengetahui status kejadian banjir. 

“Diharap penduduk di lokasi sering berlaku banjir supaya berhati -hati dan sentiasa peka dengan maklumat terkini bagi membolehkan tugas penyelamatan dapat dilakukan segera,” katanya lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya