“Bagaimanapun, segala-galanya hancur selepas pemergiannya

Tunang meninggal dunia, hasrat kahwin, bulan madu di Langkawi tidak tercapai

GAMBAR kenangan Mohammad Amirul Murad dan Siti Nabilah Rosidi pada Julai lalu sebelum wanita itu meninggal dunia di Kuala Nerang, Padang Terap di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG: Impian seorang pemuda menamatkan zaman bujang tidak kesampaian apabila tunangnya yang dipercayai mengalami masalah organ dalaman meninggal dunia, semalam.

Mohammad Amirul Murad, 28, berkata, sebelum ini, Siti Nabilah Rosidi, 22, tidak pernah memaklumkan sebarang penyakit yang dihadapinya, malah, sentiasa ceria apatah lagi akan melangsungkan majlis perkahwinan September ini.

Katanya, mereka sudah bercadang untuk mula menjemput saudara-mara dan rakan-rakan ke majlis perkahwinan itu nanti termasuk segala persiapan yang dilaksanakan selain akan berbulan madu di Langkawi.

“Bagaimanapun, segala-galanya hancur selepas pemergiannya semalam dan apa-apa pun saya tetap reda dengan kehilangannya itu walaupun segala persiapan yang kami atur selama ini berakhir.

“Saya seolah-olah tidak percaya dengan pemergiannya kerana kami baru sahaja bertunang Julai lalu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurut Mohammad Amirul, arwah tunangnya mula sakit pada bahagian tengkuk dan kepala sejak kelmarin selepas pulang daripada kerja lalu terus tidur hingga keesokan harinya.

 Katanya, keluarga wanita itu pelik dengan keadaan tunangnya kerana masih tidur sehinggalah pada pukul 8 pagi semalam mereka melihatnya seperti mengalami kekejangan.

“Ibu bapanya segera membawa Siti Nabilah ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan, apabila sampai doktor menasihatkan supaya dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana keadaannya semakin serius dan perlu rawatan selanjutnya. 

“Apabila sampai di HSB malam tadi pada pukul 9.15 semalam, Siti Nabilah disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, bapa Siti Nabilah, Rosidi Abdullah, 51, amat terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa anak ketiga daripada lima beradik itu mengalami masalah dalaman sekian lama.

“Dia tak pernah maklumkan kepada kami sekeluarga dan sentiasa ceria. Walau sakit macam mana sekali pun, dia tetap tidak merungut hinggalah semalam selepas badannya kejang baru kami tahu dia sakit.

“Kami dimaklumkan seluruh hati, otak dan buah pinggangnya sudah rosak. Sehingga kini, kami tertanya-tanya sakit apa yang dihadapi Siti Nabilah,” ujarnya.

Sementara itu, jenazah Siti Nabilah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baharu, Padang Sanai di Kuala Nerang, di sini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya