SERDANG: Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (MBRS) mengetengahkan program adopsi rama-rama bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai tentang serangga tersebut. Eksekutif Pemasaran MBRS, Juwairiyah Hashim berkata, program itu merupakan usaha konservasi yang dijalankan oleh MBRS bagi memastikan rama-rama tidak terus diancam kepupusan. “Bagi set RM20 kita akan beri satu kepompong, balang kaca dan sekeping tiket percuma bagi kanak-kanak untuk masuk ke MBRS, manakala bagi set RM50 pula mereka boleh dapat satu…