Sasar 1,500 keluarga asnaf mampu hidup berdikari - Utusan Malaysia

Sasar 1,500 keluarga asnaf mampu hidup berdikari

MOHD. Sabirin Mohd Sarbini (tengah) bersama Pengarah PERKESO Negeri Selangor, Zainol Abu (kiri) menyerahkan sumbangan Kotak Prihatin dan bayaran faedah pengurusan mayat PERKESO kepada Siti Asma Ahmad Izhar waris kepada Allahyarham Khairul Ameer Anor Shamsuddin di Simfoni Perdana LBS, Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor. - FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan 1,500 keluarga asnaf akan keluar daripada senarai penerima bantuan bagi golongan itu tahun ini selepas mereka mampu keluar daripada  kemiskinan.

Malah, sehingga Jun lalu, lebih 500 keluarga di negeri ini sudah mendaftar keluar sebagai asnaf. 

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, sasaran itu meningkat berbanding keseluruhan 1,024 asnaf yang direkodkan pada tahun lalu.

“Pendaftaran itu melibatkan kriteria bagi mereka yang meningkat pendapatan  selain faktor seperti berpindah keluar dari Selangor dan sudah meninggal dunia.

“Ia melibatkan proses pengesahan secara segera atau memerlukan tempoh tertentu mengikut had kifayah ditetapkan,” kata beliau selepas menyerahkan sumbangan Kotak Prihatin dan Bayaran Faedah Pengurusan Jenazah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada waris Allahyarham Khairul Ameer Anor Shamsuddin, 39, di Simfoni Perdana, Puncak Alam di sini, petang tadi.

Sumbangan itu diserahkan kepada Siti Asma Ahmad Izhar, 39, iaitu balu kakitangan LZS cawangan Gombak yang meninggal dunia  akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE), 9 Ogos lalu.

Sasaran

Jelas Mohd. Sabirin, LZS yakin mampu mencapai sasaran peningkatan jumlah asnaf yang tidak lagi memerlukan bantuan bersandarkan pelbagai inisiatif dijalankan pihaknya. 

Selain itu,kata beliau,  asnaf yang mahu memohon pendaftaran keluar boleh melakukannya menerusi media elektronik atau hadir terus di pejabat cawangan LZS.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang penerima zakat dari Kajang yang menghantar surat memohon ditamatkan bantuan bulanan kepada LZS.

Tindakan itu menerima pujian netizen berikutan sikap jujur dan amanah individu berkenaan yang memaklumkan pendapatan hariannya mulai stabil.

Sementara itu, Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi Perkeso, Ismail Abi Hashim berkata, RM126.5 juta tuntutan disalurkan kepada Perkeso di Selangor yang meliputi 58,719 kes disantuni sepanjang tempoh Januari hingga bulan lalu.

Menurut beliau, faedah tuntutan paling tinggi disalurkan melibatkan hilang upaya sementara iaitu RM58.4 juta, hilang upaya kekal bernilai (RM50.9 juta) dan pencen penakat (RM5.98 juta). 

  “Selain itu, saluran tuntutan merangkumi faedah pengurusan mayat (FPM) berjumlah RM5.41 juta selain pencen ilat (RM4.91 juta) dan faedah orang tanggungan (RM759,393).

  “Kita akan menyelesaikan tuntutan antara tujuh hingga 45 hari mengikut sesuatu kes itu,”  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.