Polis cekup tekong dan tujuh PATI meniarap dalam semak -

Polis cekup tekong dan tujuh PATI meniarap dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT : Tindakan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk tekong darat meniarap di dalam kawasan semak gagal apabila mereka dicekup polis dalam serbuan di Kampung Kok Pasir Palekbang di sini, semalam.

Kesemua PATI termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 50 tahun itu dicekup pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, sebelum itu pada pukul 8 pagi anggota dari unit kereta peronda polis (MPV) telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tanah Perkuburan Kok Bedollah.

Menurutnya, pemandu kereta tersebut terus bertindak memecut laju sehingga melanggar kon di Sekolah Kebangsaan Berangan sebaik sahaja menyedari di ekori oleh anggota MPV.

“Kita telah mengejar kereta tersebut sejauh lapan kilometer sehingga ke Kampung Kok Pasir, Palekbang. Bagaimanapun pemandu kereta yang berusia 35 tahun telah berhenti secara mengejut di kawasan jalan mati.

“Pemandu dan PATI tersebut kemudian bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. Pada pukul 8.30 pagi, anggota bertugas yang mendapat bantuan dari sebuah lagi MPV telah ternampak tujuh lelaki dan seorang perempuan sedang meniarap di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang tadi.

Amran memberitahu, kesemua enam PATI termasuk pemandu berjaya ditahan.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya