Makin ramai VIP termasuk PM jadi mangsa 'scammer'

Makin ramai VIP termasuk PM jadi mangsa ‘scammer’

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara beberapa orang kenamaan yang menjadi mangsa akaun Telegram digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan insiden tersebut, Perdana Menteri membuat laporan dan meminta supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Malah beliau turut mengingatkan semua pengguna media sosial supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang diterima daripada pihak yang mencurigakan.

“Saya pun sudah laporkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya lebih proaktif dalam perkara ini. Bila dapat sahaja laporan tentu akan diambil tindakan.

“Cuma, kita di peringkat pengguna kena peka dan berhati-hati, banyak cara mereka (penggodam) untuk kita terjebak dalam apa yang mereka lakukan.

“Laporkan kepada SKMM supaya tindakan segera dapat dilaksanakan oleh mereka, jangan biarkan lama, sebab takut dia gunakan (orang lain) punya identiti untuk menipu orang lain dan sebagainya,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri sebelum itu hadir ke Dewan Negara bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 Mengenai Peruntukan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Kelmarin, Ismail Sabri memaklumkan akaun Telegram peribadi beliau telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kejadian telefon bimbit atau media sosial membabitkan menteri dan ahli politik digodam bukan perkara baharu di negara ini dan kali ini melibatkan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi mangsa penipuan (scammer) yang menggunakan nombor beliau di aplikasi Telegram untuk memperdaya orang ramai.

Selain itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula mengesahkan yang telefon bimbitnya digodam pihak tidak bertanggungjawab. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya