MAIWP rancang tubuh Majlis Perundingan Sosial Kewangan Islam - Utusan Malaysia

MAIWP rancang tubuh Majlis Perundingan Sosial Kewangan Islam

MOHD DAUD BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merancang untuk menubuhkan Majlis Perundingan Sosial Kewangan Islam bersama rakan strategik bagi meneroka sumber dana baharu yang boleh disalurkan kepada masyarakat.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat MAIWP pada 23 Ogos ini bagi mendapatkan persetujuan dan dijangka dapat ditubuhkan pada tahun ini.

Katanya, majlis tersebut akan menjadi medium perbincangan bertaraf nasional antara MAIWP dan jawatan kuasa lain seperti syarikat korporat, institusi pendidikan dan kewangan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada. 

“Dalam majlis ini, kami juga akan melihat sumber-sumber am negara yang boleh digunakan oleh MAIWP. Banyak perkara yang boleh dibincangkan seperti Wang Tidak Dituntut (WTD) yang hari ini terbiar di peringkat negara. 

“Apa salahnya MAIWP diberikan peluang untuk menjadi pengurus kepada WTD yang membabitkan golongan masyarakat Islam untuk digunakan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Diskusi MAIWP: Instrumen Kewangan Islam Dalam Organisasi yang berlangsung di Hotel Sunway Putra di sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Daud berkata, satu kertas kerja akan dibuat bagi menentukan anggota dan jawatan kuasa dalam majlis tersebut setelah menerima persetujuan dalam mesyuarat di peringkat MAIWP pada hujung bulan ini.

Menurutnya, anggota-anggota terlibat  termasuk syarikat korporat, persatuan kewangan Islam, GLC dan Kementerian Kewangan jika terdapat keperluan.

“Buat masa ini, sumber dana terbesar adalah zakat iaitu kira-kira RM850 juta pada 2021 daripada keseluruhan RM900 juta. Sumber lain adalah daripada wakaf, sumbangan dan geran daripada kerajaan.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM260 juta telah disalurkan secara terus kepada golongan asnaf bagi enam bulan pertama tahun ini. Ini tidak termasuk untuk perbelanjaan infrastruktur dan bantuan-bantuan lain kepada asnaf,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya