PETALING JAYA: Penganjuran Konvensyen Perikatan Nasional (PN) pada 27 Ogos ini akan menjadi medan untuk gabungan berkenaan membincangkan strategi dan persediaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, penganjuran Konvensyen PN sempena ulang tahun kedua gabungan berkenaan amat tepat pada masanya. “Konvensyen PN akan bincang segala persediaan menjelang PRU15, kita mahu bersiap sedia dan…










