Karier politik Najib sudah berakhir  - Utusan Malaysia

Karier politik Najib sudah berakhir 

NAJIB Razak (tengah) berjalan masuk selepas prosiding berehat seketika pada perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara kesnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan di sini, semalam. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: SUWARNI UTUSAN / KOSMO         
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Penganalisis menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, bakal `menutup pintu’ kerjaya politiknya.  

Pakar Pengajian Asia di Universiti Tasmania, Prof. James Chin berkata, bekas perdana menteri itu kini tidak boleh bertanding pada pilihan raya akan datang di bawah undang-undang negara. 

“Jelas sekali, kerjaya politik pemimpin itu kini sudah berakhir,” katanya.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Najib. 

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Najib dan Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum 2018 susulan dakwaan penglibatan dalam skandal dana berbilion dolar dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, penasihat utama badan pemikir Pusat Penyelidikan Pasifik, Oh Ei Sun pula berkata, satu jalan keluar bagi Najib adalah beliau masih boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan pengampunan diraja.

“Najib masih boleh memohon pengampunan diraja dan sekiranya diampunkan seperti dijangka ramai, beliau boleh bangkit semula dengan mudah kerana ramai penyokongnya berfikiran feudal,” katanya.

Bagaimanapun, Ei Sun berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mencadangkan supaya Najib diberi pengampunan diraja.

Sementara itu, Pengarah BowerGroupAsia, Adib Zalkapli menyifatkan kes tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Najib akan dikenang untuk pencapaian kali pertamanya yang banyak termasuk perdana menteri pertama kalah dalam pilihan raya umum dan yang pertama disabitkan kesalahan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya