Bayi Orang Asli ke hospital dengan helikopter - Utusan Malaysia

Bayi Orang Asli ke hospital dengan helikopter

ANGGOTA Unit Udara JBPM bersama pasukan kesihatan membawa pesakit Orang Asli dari Pos Bihai menggunakan helikopter untuk ke Hospital Gua, Kelantan semalam.-IHSAN UNIT UDARA JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang bayi Orang Asli berusia lapan bulan Lili Safina yang mengalami demam panas dan sesak nafas dari Pos Bihai terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang di sini dengan menggunakan perkhidmatan helikopter dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.

Selain itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki, Affenzie Khylic Keyel, 2, dari Kampung Piyel yang dilaporkan mengalami demam panas, sesak nafas serta cirit-birit terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan perkhidmatan helikopter.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pihaknya berlepas dari pangkalan udara pada pukul 11.05 pagi menggunakan helikopter jenis Agusta Westland 189.

“Pihak kami selamat mendarat di Kampung Piyel pada pukul 12.15 tengah hari. Sebaik sahaja mendarat, anggota bertugas mengambil bayi lelaki berusia dua tahun bersama ibunya untuk menaiki helikopter. 

“Kemudiannya, pada pukul 12.25 tengah hari, kita berjaya mendarat di Kampung Bihai Lama untuk mengambil bayi perempuan berusia lapan bulan bersama ibunya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hasrizal memberitahu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memohon bantuan JBPM untuk membawa pesakit berikutan jalan darat untuk masuk ke kampung berkenaan mengalami kerosakan.

Katanya, sepanjang operasi, keadaan pesakit berjaya dipantau dan selamat mendarat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 12.52 tengah hari.

“Walaupun cuaca berawan serta berjerebu, namun, jarak penglihatan agak baik dan tidak menjejaskan penerbangan.

“Operasi berkenaan tamat pada pukul 1.50 petang dan anggota berlepas pulang ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah,” ujarnya.

Tambahnya, penerbangan itu diketuai olehnya sendiri dan dibantu Penolong Juruterbang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Safri Rambli dan tiga lagi anggota. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.