Bahang PRU15

Bahang PRU15

Ahli politik yang lompat parti selepas PRU14 yakin mereka masih boleh menang PRU15 nanti. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
AHMAD ZAHID HAMIDI

PRU perlu diadakan segera. MKT UMNO telah memberikan panduan tarikh PRU15 kepada Perdana Menteri selepas imuniti kelompok dicapai. Sekarang, imuniti kelompok telah dicapai, pandemik Covid-19 juga sudah berakhir. Jadi, bila lagi… bila lagi?” – Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

 

MUHYIDDIN YASSIN

WALAUPUN PN dan BN namanya hampir sama, tetapi bezanya jauh ibarat langit dan bumi. Saya harap para pengundi jangan salah memilih dalam PRU15. Pilih Perikatan Nasional, bukan Barisan Nasional.” – Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

 

ABDUL HADI AWANG

PH kerajaan yang gopoh dan ‘kerajaan mi segera’. Masaknya segera, banyak hal-hal mentah, hingga terpaksa dijatuhkan. Ketika PH mengambil alih kerajaan, mereka bercelaru.” – Abdul Hadi Awang, Presiden Pas.

 

DR. MAHATHIR MOHAMAD

SAYA percaya (PRU15) bukan sebelum pembentangan bajet dan secara peribadi saya tidak jangka pada tahun ini tetapi kita tidak tahu kenapa Zahid (Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi) mahukan pilihan raya tahun ini.” – Dr. Mahathir Mohamad, Pengasas Gerakan Tanah Air (GTA).

 

ANWAR IBRAHIM

 

PIILIHAN raya buktikan negara ini memerlukan rakyat dan pimpinan yang mahu membela nasib mereka, bukan mengisi tembolok pemimpin yang berkuasa. Kepemimpinan bertangggungjawab, bukan keistimewaan.” – Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN