Amaran kepada kartel ayam

Amaran kepada kartel ayam

KERAJAAN memberi amaran kepada orang tengah agar tidak memanipulasi harga ayam di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kerajaan tidak akan membiarkan kartel ayam menjejaskan rangkaian bekalan makanan sehingga menyebabkan berlaku kenaikan harga barang dan inflasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa berusaha dalam menangani manipulasi ‘orang tengah’ dan kewujudan kartel dalam sektor industri bekalan makanan.

“Ini amaran kerajaan terhadap kartel yang cuba memanipulasi harga dan pasaran. Beberapa langkah intervensi telah dilaksanakan kerajaan bagi mengukuhkan bekalan makanan negara.

“Antaranya membatalkan ke­lulusan kuota import (AP), melaksanakan sekatan eksport ayam, mewujudkan stok penimbal ayam dan ikan,” katanya semasa merasmikan Pemeran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan 2022 (MAHA 2022), di sini, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah melaporkan tentang kartel ayam yang cuba memanipulasi harga dengan mencatu bekalan sumber makanan utama itu melalui penutupan ladang serentak.

Ismail Sabri berkata, melalui langkah intervensi itu juga kerajaan julung kalinya memberi subsidi kepada golongan penternak ayam bagi meringankan beban golongan tersebut.

“Buat pertama kalinya kerajaan memberikan subsidi berjumlah RM1.1 bilion bagi meringankan beban penternak ayam sekali gus memastikan bekalan pengeluaran ayam dan telur mencukupi serta menjamin kestabilan,” jelasnya.

Tambahnya, langkah-langkah yang diambil selama ini membuahkan hasil apabila bekalan ayam bukan sahaja berlebihan tetapi harga turun.

“Hari ini bukan bekalan ayam sahaja berlebihan bahkan harga ayam juga lebih rendah daripada paras harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya