284 jemaah haji terakhir tahun ini tiba di KLIA - Utusan Malaysia

 284 jemaah haji terakhir tahun ini tiba di KLIA

TAN SRI AZMAN MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 284 jemaah haji  kumpulan terakhir tahun ini selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.30 petang hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar berkata, semua 14,305 jemaah haji dan 340 petugas TH telah selamat pulang ke tanah air menerusi 49 penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines, bermula 17 Julai sehingga 13 Ogos.

“Alhamdulillah, secara keseluruhannya, kami bersyukur operasi haji kali ini lancar tanpa sebarang insiden besar yang tidak diingini walaupun dalam keadaan endemik Covid-19. Selain itu, keadaan cuaca juga agak panas sehingga mencecah hampir 50 darjah Celcius.

“Pengurusan haji Malaysia diiktiraf Kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan jemaah haji kita juga menerima pujian kerana berdisiplin, berpengetahuan dan penumpuan kepada ibadat haji sepanjang  di Tanah Suci Mekah dan Madinah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, terdapat peningkatan kos  haji berbanding anggaran yang dibuat awal tahun ini.

“Pada awal tahun ini, TH menganggarkan kos menunaikan haji bagi jemaah haji Muassasah  RM25,540 seorang. Namun kos haji sebenar  meningkat kepada RM28,632 bagi seorang jemaah haji Muassasah.

“Antara faktor kenaikan kos yang di luar kawalan TH ini adalah peningkatan kos bagi perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada, caj tambahan bagi kemudahan baru yang diberikan semasa Masyair termasuklah fasiliti yang disediakan di khemah-khemah Arafah dan Mina, seperti kemudahan khemah dan tandas, sajian serta penggunaan bas baru di Arab Saudi,” katanya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, dengan peningkatan kos haji tahun ini, jemaah haji Muassasah kategori B40 menerima Bantuan Kewangan Haji daripada TH sebanyak RM17,652 seorang (62% daripada Kos Haji).

“Manakala jemaah haji Muassasah bukan B40 turut menerima Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM15,652 seorang (55% daripada Kos Haji). Bayaran haji untuk jemaah Muassasah B40 adalah sebanyak RM10,980 manakala bukan B40 ialah RM12,980 seorang,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.