22 PKS bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Utusan Malaysia

22 PKS bakal tembusi pasaran Asia Pasifik

MOHAMED Azmin Ali (tiga kiri) bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (empat kiri) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara wakil Biotropics Malaysia Berhad bersama SHRF Food Industries Sdn Bhd ketika majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik Anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Sebanyak 22 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) termasuk padanan perniagaan dengan nilai dagangan berjumlah RM451 juta.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemeteraian kerjasama strategik itu merupakan suatu permulaan yang baik dengan memberi tumpuan terhadap beberapa negara Asia Pasifik khususnya China, Jepun dan Australia.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha pemain tempatan untuk mengeksport produk makanan ke luar negara manakala dengan pelantikan ejen pemasar pula dijangka akan meningkatkan lagi promosi produk dan perkhidmatan Malaysia di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang media selepas menyaksikan Majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini hari ini.

MoA yang ditandatangani itu membabitkan PKS bersama King Sight (HK) Group bagi pengeksportan produk agromakanan ke pasaran Hong Kong dan China manakala MoA antara MAPC Sdn Bhd dan Shenzen Dadongjia Ind. Co Ltd pula bagi import dan eksport durian sejuk beku ke China.

Kerjasama tersebut turut menyaksikan pelantikan ejen pemasaran di luar negara bagi penerokaan dan peluasan pasaran eksport produk agromakanan selain MoU antara Tiha International Hub Agency Sdn. Bhd. dengan syarikat rakan strategik.

Sementara itu, Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, jalinan kerjasama tersebut bertujuan mengangkat produk tempatan ke luar negara menerusi ejen pemasaran.

“MAFI melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa membantu usahawan dalam menerokai ruang eksport tersedia bagi menggalakkan mereka menceburi bidang pengeksportan yang memiliki potensi pasaran yang lebih luas,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya