Dua premis jual barang tiruan diserbu - Utusan Malaysia

Dua premis jual barang tiruan diserbu

Sebahagian barangan tiruan yang dirampas dalam serbuan di Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang menyerbu dua premis menjual barangan berjenama antarabangsa disyaki tiruan di Gelugor dan Jelutong, dekat sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNHEP Pulau Pinang, A. Mogan berkata, serbuan tersebut dijalankan pukul 2 petang oleh 11 pegawai bersama dua wakil pemilik cap dagangan.

Katanya, serbuan pertama di Kampung Kastam, Gelugor melibatkan sebuah premis menjual pakaian, kasut, tali pinggang, topi dan beg manakala serbuan kedua di sebuah rumah di Lintang Sungai Pinang, Jelutong.

“Serbuan pertama mendapati terdapat empat lelaki warga tempatan berada di dalam premis tersebut yang merupakan pekerja premis.

”Pemeriksaan menemukan dan menyita 44 buah beg, 37 helai kemeja-T, 78 pasang selipar, 16 unit tali pinggang dan 15 unit topi berjenama antarabangsa disyaki tiruan bernilai keseluruhan RM9,130,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, di lokasi kedua, pihaknya merampas 336 unit minyak wangi jenama antarabangsa yang disyaki menggunakan cap dagangan palsu.

“Kesemua barangan tersebut bernilai RM5,376 dan kita turut menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan pemilik kediaman itu.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.