Sultan Kelantan cemar duli sembelih dua ekor lembu korban - Utusan Malaysia

Sultan Kelantan cemar duli sembelih dua ekor lembu korban

SULTAN Muhammad V (tengah, baju merah) berkenan mencemar duli untuk menyembelih dua ekor sempena Majlis Ibadat Qurban Jama’ie anjuran Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli untuk menyembelih dua ekor daripada 45 ekor lembu korban sempena Majlis Ibadat Qurban Jama’ie anjuran Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra dekat Panji di sini hari ini.

Baginda tiba kira-kira pukul 10.40 pagi diiringi Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Tengku Temenggong Kelantan yang juga Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Muhammad Rizam Tengku Aziz. 

Sultan Muhammad V berkenan menyembelih dua ekor lembu termasuk seekor baka Charolais seberat 250 kilogram sebelum meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama-sama hampir 300 petugas majlis ibadah korban itu.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhammad Rizam berkata, kesemua hasil korban itu akan diagihkan kepada seramai 2,800 fakir miskin di seluruh daerah ini melalui pihak masjid.

Menurutnya, selain itu, agihan daging turut dilakukan di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra sebelum diserahkan kepada pihak masjid untuk diagih kepada penerima.

“Terima kasih kepada pihak yang menyumbang sebanyak 45 ekor lembu untuk dikorbankan hari ini. Selain itu, Maik turut menyediakan 72 ekor lembu korban untuk diagihkan kepada Orang Asli di seluruh Kelantan sepanjang Aidiladha tahun ini.

“Program korban Maik bersama orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang itu akan dijalankan pada Rabu ini dan daging korban akan diagihkan kepada seramai 4,000 komuniti itu di sana,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya