Mufti Pulau Pinang sokong DBKL gantung operasi kelab komedi hina Islam - Utusan Malaysia

Mufti Pulau Pinang sokong DBKL gantung operasi kelab komedi hina Islam

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Semakin banyak pihak menyokong keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggantung sementara operasi sebuah premis kelab komedi di Kuala Lumpur susulan kontroversi persembahan yang didakwa menghina agama Islam di premis itu.

Hari ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor turut menyatakan sokongan terhadap tindakan DBKL tersebut.

Wan Salim berkata, kelab tersebut perlu ditutup sama sekali supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak. 

“Kenyataan saya sebelum ini agak lembut terhadap kelab komedi berkenaan kerana saya fikir apa yang terjadi mungkin tidak disengajakan. 

”Tetapi, setelah mengetahui kejadian ini berlaku berulang kali, maka, ini boleh difahami ia sengaja dirancang untuk menghina agama Islam. 

“Jadi, saya menyokong DBKL bertindak keras ke atas kelab tersebut memandangkan kesalahan yang dilakukannya amat berat dan boleh menjejaskan kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

DBKL sebelum ini menggantung sementara operasi sebuah premis kelab komedi di Kuala Lumpur, susulan kontroversi persembahan yang dikatakan menghina agama Islam yang diadakan di premis itu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, DBKL tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu-isu sebegitu dan siasatan lanjut serta tindakan terhadap lesen premis berkenaan telah dilakukan serta-merta.

Semalam, Wan Salim berkata, satu garis panduan dan  kawalan tertentu perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa supaya pemilik dan mereka yang berkunjung ke situ sentiasa memelihara batas-batas moral dan agama. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya