Trump dakwa rundingan dengan Iran berlangsung dengan pantas - Utusan Malaysia

Trump dakwa rundingan dengan Iran berlangsung dengan pantas

TRUMP mendakwa rundingan dengan Iran berjalan dengan pantas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata pada Isnin bahawa rundingan dengan Iran sedang berlangsung pada kadar yang pantas walaupun Teheran mengancam untuk memperluaskan perang dengan terus menutup Selat Hormuz dan mengaktifkan beberapa titik tekanan lain di rantau Asia Barat.

Agensi berita Tasnim melaporkan bahawa Iran telah menggantung dialog dengan pihak pengantara susulan perluasan serangan Israel di Lubnan ketika sekutu rapat AS itu sekali lagi mengancam untuk melancarkan serangan ke pinggir selatan Beirut.

Trump kemudian mendakwa beliau berjaya memujuk Israel dan Hizbollah yang disokong Iran supaya meredakan ketegangan dengan Kedutaan AS di Lubnan menyatakan bahawa kumpulan bersenjata itu menerima cadangan Washington mengenai penghentian serangan secara timbal balik.

“Rundingan sedang diteruskan pada kadar yang pantas dengan Republik Islam Iran,” tulis Trump di media sosial.

Beberapa minggu rundingan tidak langsung antara AS  dan Iran, ancaman dan serangan udara masih gagal menamatkan perang atau membuka semula Selat Hormuz, laluan perkapalan utama bagi eksport minyak dan gas Teluk.

Pertukaran serangan terbaharu antara AS dan Iran berlaku semalaman, serentak dengan tindakan Israel memperluaskan operasi daratnya di Lubnan.

Perang di Iran bermula pada 28 Februari selepas AS bersama Israel melancarkan serangan ke atas Teheran sehingga membunuh Pemimpin Tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei sebelum Trump mengumumkan gencatan senjata pada 7 April selama dua minggu sebelum dilanjutkan tanpa had. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN