China bersedia import lebih banyak minyak sawit, buah-buahan tropika Malaysia - Utusan Malaysia

China bersedia import lebih banyak minyak sawit, buah-buahan tropika Malaysia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Luar China Wang Yi di Perdana Putra hari ini IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: China memberi jaminan dan bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dan buah-buahan tropika dari negara ini. 

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, langkah itu antara perkara dalam mengembangkan hubungan kedua-dua negara dalam tempoh jangka masa panjang. 

Katanya, ia juga memberikan kesinambungan baharu kepada Perkongsian Strategik Komprehensif kedua-dua negara dalam era baharu ini yang dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama. 

“Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), beliau hidangkan kuih (berinti buahan) yang mana sangat sedap dan mengagumkan saya,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat dua hala bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, di sebuah hotel, di sini.

Dalam pada itu, Yi memaklumkan, usaha sedang diambil bagi membolehkan pelajar Malaysia kembali ke China untuk menyambung pengajian. 

Katanya, perkara itu bagi membolehkan pelajar di negara ini dapat terus mencapai impian mereka. 

“China juga akan menggandakan kemampuan menyokong projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan kawasan pembangunan yang sejajar. 

“Kami juga membincangkan untuk menyiapkan projek tersebut supaya sambungan dari China, Laos dan Thailand itu kerana kita sebenarnya boleh memudahkan penghubungan dengan projek itu. 

Jelas Yi, beliau juga mengharapkan rakyat di kedua-dua negara dapat melawat antara satu sama lain, memandangkan keadaan ekonomi yang semakin terurus. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya