PETALING JAYA: Hampir 40 peratus atau kira-kira 1.6 juta lelaki muda berusia bawah 30 tahun di negara ini mengalami masalah mati pucuk, malah ia turut dikaitkan dengan penyakit yang semakin menular dalam kalangan muda-mudi seperti diabetes dan obesiti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya. Dr. Saharuddin Ahmad berkata, kebanyakan mereka yang mengalami masalah itu dipengaruhi gaya hidup yang tidak sihat…