SEREMBAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan, di sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 pagi dan turut tular di media sosial.
Difahamkan, ketika kejadian, pihak sekolah sedang mengadakan perjumpaan tiga penjuru melibatkan pelajar, ibu bapa dan guru.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd. Yatim Osman berkata, polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kejadian tersebut nanti.-UTUSAN










