Syahrulnizam mahu jadi pendaki Everest termuda - Utusan Malaysia

Syahrulnizam mahu jadi pendaki Everest termuda

Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor berazam menawan puncak Everest pada 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendaki solo remaja, Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor, 18, yakin dapat menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter pada tahun 2024 dan menjadi rakyat Malaysia termuda mendaki puncak tertinggi dunia itu.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan kejayaannya mendaki Everest Base Camp setinggi 5,364 meter pada pukul 1.30 petang Selasa lalu.

Menurutnya, dia memulakan pendakian itu pada 31 Mei lalu bersama ayahnya yang juga pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin dan sherpa gunung.

Syahrulnizam adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering, Terengganu, kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya berazam untuk menjadi wira Everest termuda negara dan sedang mengikuti semua program latihan yang diselenggarakan sepenuhnya oleh bapa yang juga bekas jurugambar
Utusan Malaysia,” katanya.

Katanya, semua latihan teknikal akan dilakukan di Nepal, khususnya di tengah-tengah banjaran Himalaya.

Katanya, walaupun tidak mendapat bantuan dana daripada mana-mana agensi, dia merancang untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat swasta bagi mengumpul wang
untuk menampung kos bagi menjayakan misi itu.

Pada 2008 katanya, dia telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records apabila berjaya menjadi pendaki tangga termuda dengan melakukannya di Menara Kuala
Lumpur.
Menurutnya, pada 15 dan 16 Ogos ini pula, dia akan melakukan naik dan turun Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN