Rakyat Malaysia paling banyak makan ikan

Rakyat Malaysia paling banyak makan ikan

IKAN kembung paling digemari penduduk Malaysia. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia paling banyak makan ikan berbanding penduduk lain di dunia.

Ikan kembung merupakan pili­han utama rakyat negara ini diikuti selar, tongkol, cencaru, pelaling dan selayang manakala ikan air tawar ialah keli dan tilapia.

Dalam kenyataan kepada Mingguan Malaysia, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, fakta tersebut menunjukkan pentingnya sumber perikanan kepada rakyat, sekali gus mendorong MAFI dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil langkah proaktif untuk memastikan keperluan ikan mencukupi.

Katanya, antaranya mela­lui import RM5.29 bilion pada 2020.

“Sumber perikanan amat pen­ting kepada rakyat negara ini dan ia dapat dilihat dari segi penggunaan purata ikan bagi setiap orang iaitu 45.15 kilogram setahun.

“Tahap kecukupan ikan pada masa kini adalah 92.75 peratus. Penggunaan ikan di Malaysia juga adalah lebih tinggi daripada purata penggunaan perkapita dunia -(20.5 kilogram per kapita setahun) bagi tahun 2018.

Semalam, akhbar ini mela­porkan Malaysia berdepan krisis bekalan ikan apabila jumlah simpanan sumber protein itu didakwa cuma tinggal 322 tan metrik berbanding keperluan harian 4,000 tan metrik.

Sementara itu, menurut MAFI, beberapa strategi jangka panjang yang dirangka terma­suk memperkasa industri input kepada makanan ternakan alternatif serta pemodenan dan digitalisasi sistem makanan.

“Bagi strategi jangka pendek pula, ini termasuk memperkasa program kebuniti termasuk kempen makan ikan air tawar seperti keli, tilapia, lampam sungai dan udang galah bagi menggalakkan konsumer mengetahui resipi dan jenis makanan yang sesuai,” ujar kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN